Skip to main content

Perutusan Ketua Pendaftar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurniaanNya jua saya dapat mencoretkan sepatah dua kata di ruangan ini.

Secara umumnya   JKSN Kelantan berperanan  untuk  mentadbir hal ehwal kes-kes Mahkamah Syariah  yang melibatkan orang awam,  untuk mendapatkan keadilan  dan  pembelaan  yang berlunaskan kepada peruntukan undang-undang.   JKSN Kelantan sentiasa berusaha    untuk menambah baik sistem penyampaian maklumat kepada semua lapisan masyarakat.  Harapan kami agar laman web rasmi  yang berciri responsif dan lebih fleksibel ini dapat menyumbang dan menarik lebih ramai masyarakat untuk mengakses segala maklumat yang dikehendaki. Maklumat kini di hujung jari anda.

Laman web rasmi ini menyediakan maklumat-maklumat penting mengenai:

  • Peneraju Perubahan melalui Penjajaran Pelan Strategik ICT (ISP) Jabatan dengan keperluan Pelan Pembangunan Nasional
  • Memacu Perancangan Strategik ICT Jabatan; dan
  • Mengukuh tadbir urus ICT Jabatan.
  • Memacu kesesuaian peraturan/dasar/standard/amalan terbaik dalam pelaksanaan Kerajaan Elektronik
  • Memacu pelaksanaan perkhidmatan gunasama ICT (ICT shared services) dalam Sektor Awam.
  • Peneraju Penggalakan Pembudayaan ICT(ICT Acculturation) dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Jabatan.
  • Memacu hala tuju penjajaran program ICT Jabatan.

Kecanggihan teknologi maklumat masa kini telah banyak mencorak pemikiran ummah. Justeru, saya berharap laman web Jksn Kelantan ini akan sentiasa menjadi wadah kepada semua pihak untuk mendapatkan maklumat yang tepat berkaitan peranan dan dasar-dasar Negara.

Kami berharap agar laman web rasmi ini dapat membantu pengunjung mendapatkan maklumat yang diingini berkaitan hal ehwal  pentadbiran kes di Mahkamah  Syariah Negeri Kelantan  ini.  Pengunjung laman web adalah  dialu-alukan untuk mengemukakan cadangan  yang membina kepada jabatan ini melalui ruangan Maklum Balas yang disediakan bagi menambahbaik dan mempertingkatkan lagi mutu maklumat di dalam Laman Web Rasmi ini.

Sekian. Terima kasih.

Norhasney Ridhwan Bin Hassan

Ketua Pendaftar / CIO
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Kelantan