Pejabat Ketua Pendaftar
Norhasney Ridhwan bin Hassan
Norhasney Ridhwan bin Hassan
Ketua Pendaftar / Chief Information Officer (CIO),
Jabatan Kehakiman Syariah
Negeri Kelantan Darul Naim
Maklumat Kelulusan
Maklumat Kelulusan
- Ijazah Sarjana Muda Syariah & Undang - Undang (Major), Universiti Malaya
- Diploma Lepasan Ijazah Syariah & Amalan (DSLP), Universiti Islam Anatarabangsa Malaysia
- Sarjana Undang - Undang (LI.M), Universiti Kebangsaan Malaysia
- Certified of Mediation (The Accord Group), Australia
Pengalaman Kerjaya
Pengalaman Kerjaya
| Tahun | Perkara |
|---|---|
1994 - 1998 | Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Dan Ditempatkan Di Biro Bantuan Guaman Selangor |
1998 | Pelantikan Baru Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 Dan Ditempatkan Di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh |
1999 | Disahkan Dalam Perkhidmatan Sebagai Pegawai Syariah Gred L3 |
Bahagian Khidmat Pengurusan
Bahagian Khidmat Pengurusan
Unit Pentadbir
Unit Pentadbir
Unit Pentadbiran berfungsi bagi menguruskan hal-hal berkaitan pengurusan sumber manusia, mengurus selia penganjuran majlis-majlis rasmi, menyediakan kursus-kursus yang bersesuaian dengan kompentasi pegawai dan kakitangan.
Unit Pembangunan
Unit Pembangunan
Unit Pembangunan sentiasa menyelaras, mengawal selia dan memantau pengoperasian dan penyelenggaraan bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah. Unit ini juga mengawal dan memantau tahap keselamatan bangunan serta kebersihan persekitaran bangunan ibu pejabat dan daerah-daerah.
Unit Kewangan
Unit Kewangan
Unit Kewangan mengawal, mengurus dan mentadbir perbelanjaan belanja mengurus serta pembayaran.
Unit ICT
Unit ICT
Merancang, menyelaras dan menguruskan perkhidmatan ICT di jabatan.
Unit Rekod
Unit Rekod
Unit Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) telah diwujudkan melalui waran perjawatan Bil. A62 tahun 2008 Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM). Unit rekod JKSPk mula beroperasi sepenuhnya setelah pengisian dan penempatan 2 jawatan iaitu LS27 dan LS17 di setiap JKSN/MSN pada April 2009. Antara fungsi dan peranan Unit Rekod adalah mewujudkan dan melaksanakan sistem pengurusan rekod yang sistematik, teratur dan efisyen berdasarkan perundangan dan peraturan yang telah ditetapkan. Memberi khidmat nasihat kepada warga Jabatan mengenai pengurusan rekod jabatan yang lebih sistematik dan berkesan serta bertanggungjawab memastikan keseragaman pelaksanaan pengurusan rekod, menyelaras dan menambah baik pelaksanaan pengurusan rekod secara berterusan.
Unit Aset
Unit Aset
Unit Aset berfungsi dalam pengurusan penerimaan, pendaftaran, pemeriksaan, verifikasi, penyelenggaraam dan pelupusan bagi aset alih dan tak alih.
Unit Rayuan
Unit Rayuan
Unit Rayuan adalah berfungsi mengendalikan dan menguruskan pendaftaran kes-kes di Mahkamah Utama Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Unit ini juga bertanggungjawab untuk menyusun jadual pendengaran kes rayuan dan menjadi urusetia perjalanan persidangan kes di kedua-dua Mahkamah tersebut. Unit ini diketuai oleh Ketua Pendaftar dan dibawahnya ada seorang Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah, Penolong Pendaftar Tinggi dan Pembantu Pendaftar Tinggi Mahkamah Utama dan Pembantu Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah.
Unit Sulh
Unit Sulh
Unit Sulh merupakan satu unit yang diwujudkan yang memainkan peranan menyelaraskan perjalanan Majlis Sulh, proses dan aktiviti di seluruh Mahkamah Syariah Negeri Perak. Sulh merupakan perantaraan diantara pihak-pihak yang bertikai secara professional dan terpimpin yang diketuai oleh Pegawai Sulh berdasarkan prosedur tertentu dengan objektif menyelesaikan pertikaian tanpa melalui perbicaraan di hadapan Hakim. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit Sulh dan tujuh (7) orang yang menjalankan Majlis Sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Perak dan Mahkamah Rendah Syariah Perak. Berdasarkan peruntukan undang-undang, Majlis Sulh menggunapakai Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah (Perak), Kaedah Sulh, Manual Sulh dan Arahan Amalan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia.
